Merdeka 55 tahun

Walaupun anda tidak pernah berada dalam zaman penjajahan tetapi tetap merasai keperitan orang dulu mendapatkan kemerdekaan melalui sejarah.

�Bagi saya merdeka adalah negara kita bebas daripada penjajahan, rakyat bebas berfikir dan kita boleh lakukan apa sahaja yang diingini selagi tidak melanggar undang-undang negara. Walaupun pelbagai kaum, kita semua rakyat Malaysia.

�Makna merdeka adalah tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh," katanya yang akan mengibarkan bendera Malaysia di rumah dan di kereta.

�Setiap generasi muda mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang masih menghayati kemerdekaan, ada yang anggap merdeka hanya sebuah acara untuk bergembira sahaja dan menyaksikan konsert hiburan. Saya rasa semangat merdeka itu masih ada cuma pengertian merdeka itu berbeza-beza," katanya penuh semangat.

Semuga kemerdekaan ini dapat dikekalkan untuk selama lamanya.


Selamat Hari Merdeka Tanahairku.

Comments

Popular posts from this blog

PELANCARAN BUKU TEKS SK LIMBONGAN 2017

Hari Kokurikulum