Posts

Showing posts from January, 2020

Transisi Tahun 1 2020

Image
Program minggu transisi tahun 1 2020 dijalankan dari 2 januari sehingga 10 januari 2020. Pelbagai aktiviti dijalankan kepada murid-murid tahun 1 bagi menyesuaikan diri di sekolah terutama di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (pdp). Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengurusan kelas, adab di dalam kelas, adab di kantin, nyanyian lagu transisi, senamrobik, lawatan ke bilik-bilik khas, program sayangi sekolah, program bersama pentadbir, sukaneka dan lain-lain lagi. Majlis penutup transisi telah dijalankan pada hari Jumaat 10 Januari 2020 di dewan SK Limbongan.

Hari Orientasi & Suai Mesra Tahun 1

Image
Selamat datang kepada semua murid-murid tahun 1 ke SK Limbongan. Hari Orientasi tahun 1 telah dijalankan pada Isnin, 30 Disember 2019 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tghari. Ibu Bapa yang hadir telah diberi taklimat dan ucapan alu-aluan dari guru besar, YDP pibg dan gpk hem. Manakala murid baru tahun 1 berada di kelas masing-masing bersama dengan guru-guru kelas dan selepas itu mengikuti lawatan "Le Tour De SKL". Selepas bacaan ikrar oleh ibu dan bapa murid tahun 1, ibu bapa bergerak ke kelas anak-anak da  n mengambil buku teks di bilik SPBT.