Posts

Showing posts from September, 2014

DIAMBANG KEMERDEKAAN

Image
Sambutan Majlis Diambang Kemerdekaan tahun 2014 dengan Tema Merdeka tahun ini "Malaysia.....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" Merdeka ke-57   diadakan pada 29 Ogos 2014 di dataran perhimpunan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh GPK Hem Cikgu Abu Samah dan disusuli dengan ucapan Guru Besar Pn. Wan Bunga Aluyah. Selepas itu diakan kuiz kemerdekaan untuk murid-murid. Seterusnya guru-guru murid-murid serta warga sekolah bersama-sama menyanyikan lagu Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Tanggal 31 serta lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad dimana lagu tersebut telah dijadikan tema sambutan merdeka tahun ini. Sambutan disambut meriah sekali dan juga warga sekolah meraikan anak merdeka Cikgu Azhari yang lahir pada 31 Ogos menyambut ulangtahun harilahirnya yang ke-44.

JOM SOLAT

Image
Satu program jom solat telah dijalankan pada 28 Ogos 2014. Program jom solat ini telah diadakan di Masjid Al-Ehsan Limbongan. Guru-guru dan murid-murid tahun 3 tahun 4 tahun 5 dan tahun 6 terlibat dalam program jom solat ini. Program ini dijalankn pada waktu Zohor dimana kesemua guru dan murid yang terlibat bersolat Zohor secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Nasir Abdullah.

SAMBUTAN HARI RAYA 2014

Image
Majlis sambutan hari raya AidilFitri di sekolah telah diadakan pada 15 Ogos 2014 yang lalu dengan penuh meriah. Guru-guru dan murid-murid memakai pakaian raya masing-masing. Lagu hari raya berkumandang di sepanjang majlis sambutan.