Posts

Showing posts from June, 2012

Mencari Tenang Yang Abadi..

B ERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya. Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya. Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan. Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat s
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH WARGA SK LIMBONGAN Tahniah dan terimakasih atas kerjasama yang diberi semasa SUKANEKA SKL, Alhamdulillah kerjasama anda sukaneka kita berjalan lancar . MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Tahniah, juga kepada AJK Kelab Staff SKL kerana dapat menganjurkan program keluarga ke Pulau Tioman, berbaloi dan seronok insyallah akan datang kita akan bersama dengan lebih ramai warga SKL dalam Program seperti ini... GPK KO-KU
Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan? Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.
"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimanaKamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan Kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
Doa Yang diajar oleh Tok Guru "Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia." "Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami." "Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu
Pesanan buat sahabat... " bahawa orang yang kita sayang boleh dicari jika kehilangan seseorang, tetapi maruah seorang perempuan jika sekali sudah hilang berjuta intan dan emas pun tidak dapat menggantikannya"... "wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuan itu mendatangkan tiga keburukan iaitu tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga di dunia itu ialah hilangnya seri diwajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat adalah murka Allah, hisab yang buruk dan azab neraka" (HR Ahmad,Ibn Hibban dan alhakim)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Riwayat Muslim )

SELAMAT DATANG ,MENJADI WARGA SK.LIMBONGAN

WARGA SK. LIMBONGAN YANG BARU. Bismillah. Selamat datang buat rakan guru baru . Semoga kehadiran anda semua dapat menceriakan lagi keadaan SK.Limbongan. Selamat bertugas dengan penuh kasih sayang. Kami mengucapkan selamat datang dan menjadi warga SK. Limbongan yang baru kepada dua orang guru iaitu : 1. Pn. Siti Haijar Binti Bakam 2. Pn.Noorain Binti Nayan. Assalamualaikum.. Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

TAHNIAH, SELAMAT BERTUKAR

Selamat Bertukar Kepada Dua Orang Guru Puan Nazlina Binti Mohd Saari dan En.Azwan Bin Azis, Guru Tahun Enam Cemerlang dan Enam Germilang telah bertukar ke SK.Tanjong Minyak dan SK Alai, bermula 1 Jun 2012.Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan berharap semoga dapat berkhidmat dengan lebih baik dan terbaik Sebutir mutiara yang bersinar itu tetap bersinar walau berada dimana mana , laut atau padang pasir. Sepanjang perkhidmatan di sekolah, beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan dan mempunyai hubungan baik dengan semua pihak. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas khidmat beliau selama berada di SK.Limbongan.