Posts

Pendaftaran dan orientasi pra sekolah dan tahun 1 sesi 2021

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pendaftaran & Orientasi bagi murid Pra Sekolah dan Tahun 1 bagi sesi tahun 2021 adalah pada 20 Januari 2021 pada jam 8.00 pagi.  

Penyerahan Modul PDP murid siri 1

Image
Penyerahan modul PDP untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 termasuk pendidikan khas akan dijalankan pada 1 Julai 2020 ( Rabu ) mulai 10 pagi sehingga 1.30 petang. Penyerahan ini akan dijalankan secara pandu lalu. Ibubapa atau penjaga perlu mematuhi beberapa langkah untuk mengambil modul tersebut. Langkah 1 : Pihak ibubapa atau penjaga perlu menuliskan nama anak dan kelas pada kertas A4. Langkah 2 : Pihak ibubapa atau penjaga perlu mempamerkan kepada guru bertugas. Langkah 3 : Pihak ibubapa atau penjaga mengambil modul di depan pentas perhimpunan secara                              pandulalu. Langkah 4 : Pihak ibubapa atau penjaga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan arahan dari                        guru bertugas. Langkah 5 : Pihak ibubapa atau penjaga perlu memulangkan modul pada 23 Julai 2020 ( Khamis )                          mulai 9 pagi hingga 1.30 petang.

Amalan 3W3S

Image
Amalan 3W3S sila tonton video di bawah https://www.youtube.com/watch?v=_x8z0Fr3s-4&rel=0

Maklumat untuk semua ibubapa SK Limbongan

Image
Maklumat untuk semua ibubapa SK Limbongan...sila tonton video di bawah https://www.youtube.com/watch?v=jlFbogB4pqk&feature=youtu.be

Pertandingan Nyanyian Sempena PKP 2020

Image
Satu pertandingan nyanyian sempena PKP 2020 telah dianjurkan oleh unit koku semasa Perintah Kawalan Pergerakan mulai pertengahan Mac yang lalu. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini membuat rakaman video nyanyian masing-masing dan dihantar kepada unit koku. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya.

Perlantikan Pemimpin Sekolah & Jom Ke Sekolah

Image
Majlis perlantikan pemimpin sekolah dan jom ke sekolah telah dijalankan pada 17 Februari 2020 di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Limbongan. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Farid bin Ishak, Timbalan Pegawai Sektor Pembangunan Bakat Murid PPD Melaka Tengah. Majlis ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai polis dari Balai Polis Malim. Antara perlantikan pemimpin sekolah adalah seperti Pengawas Sekolah, Pengawas PPKI, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Gimik pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Sekolah telah disempurnakan oleh En. Mohamad Farid bin Ishak, manakala Gimik Penyerahan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah pula disempurnakan oleh pegawai polis dari Balai Polis Malim yang hadir. LETIH BERJALAN DI TENGAH PEKAN, SINGGAH SEBENTAR DI GERAI SITI, TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN, ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI.